Monday

5 Intelek 2011

Setiap pagi, emosi pasti takkan stabil, bila lihat banyak botol botol Twister bersepah sana sini, siapa lagi kalau bukan Nasha & Najja, gandingan budak gedik, semua tahu. "HAII MONE" , "OMG, GROSS", "1DIRECTION!!!!" Jeritan yang tak pernah berhenti dan memekik kan kadang kadang. Manakala bila terpandang Arina, mmg takde lain, bergaduh mostly pasal food, dahsyat betul , kalau boleh taknak igt kerana 1 keping Pringles ke apa ntah. Bila duduk, nampak Dala dengan minyak Yu Yi Cap Limau, bau yang menganggu betul, HAHA, tak senang duduk, bangun pergi meja komputer, dan apa lagi, Huda mmg tak reti kemas buku dia tu, pagi pagi macam tulaaa, kena suruh buat langsir, sapu sampah, angkat beg BI kat belakang, kutip sampah, siapa nak buang sampah, meja cikgu yang bersepah siapa yang LAST SEKALI GUNA TIME PREP HUHHHHHH? Aduh, sakit sakit ~

Semua tahu kelas 5 Intelek ni semua hardcore hardcore. Guru kelas sendiri yang cakap, Cikgu Halimatus. Awal tahun masuk kelas 5Intelek, kedudukan masing masing pilih sendiri, and bila first time Cikgu Halimatus memasuki kelas kami, semua tahu, sudah tiba masanya nak pilih Ketua Tingkatan. Ciri ciri yang dicari, mesti seorang yang boleh get along dengan semua classmates and bertanggungjawab serta dapat berkomunikasi dengan guru kelas itu sendiri. Alangkah terkejutnya saya apabila majoriti memilih saya sebagai KT, dan dengan lajunya saya mengangkat tangan dah beritauhu cikgu Halimatus, "Cikgu saya ni seorang yang pemalas dan tak suka tanggungjawab". Cikgu Halimatus terdiam seketika dan kemudian kelas mula bising, "ELEHHHHHHHHHHH, cikgu dia nak sebenarnya tu" Hah tu sapa lagi kalau bukan arina yang menyampuk, kann?

So, selama seminggu persekolahan, kami semua diberitahu kedudukan dalam kelas akan dirombak. HAHHHHHHHHHHHHHHHH? Dirombak? Tapi cikgu dengan partner deskmate yang kami pilih ni rasanya mengikut kemahuan sendiri so nnati ada komunikasi yang baik masa belajar *ceh mula ayat puitis keluar. Dalam diam semua tidak puas hati dan memprotes keputusan cikgu. Pada satu petang, Cikgu memanggil saya dan Izzah untuk menerangkan lagi tentang kedudukan masing masing dalam kelas. Cikgu Halimatus menyerahkan sehelai kertas yang banyak kali di conteng conteng, sambil berkata, "Kedudukan kamu semua telah dipilih sendiri oleh Mama Mona kamu, Cikgu Disiplin, dan beberapa lagi orng cikgu termasuk Cikgu Azanah". HA HA itu mmg menakutkan. *Hebat sangatkah kenakalan kami ? Saya terfikir.

Dalam berat hati pada mulanya semua mengikut tempat yang telah ditetapkan, pada mulanya, masing masing ada yang kekok dengan deskmate baru. Tapi lama kelamaan, kami semua boleh get-along. Ada hikmah rupanya, kadang kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita tak pernah bercakap dengan seseorang yang satu sekolah selama 5 tahun. Hah, dan Dala adalah orangnya.
So basically, kelas 5 Intelek, majoritinya dari kelas 4 Intelek 2010, hah yang bulat bulat tu. Kelas 5 Intelek pada tahun itu, bagi saya banyak keunikannya, memang boleh dikatakan 90% daripada semua orang dalam kelas itu bergelar rules-breaker. Mana taknya, yang naik lambat, yang buat masalah sana sini banyak nya dari kelas ini pada mulanya. Ada satu ketika tu, kes tak keluar dorm waktu roll call jumaat, memang niaya siapa yang tak keluar, last last cikgu disiplin meyuruh pelajar pelajar berkenaan berdiri dihadapan 800 ++ orang pelajar di samping guru guru yang ramainya pula bertugas pada hari itu. Selepas tamat roll-call, kami didatangi guru disiplin dan diberi hukuman setimpal, dicubit perut.
Dan ini pula masalah yang takdapat diselesaikan, Azra Wahab, bila nak makin dekat SPM , mmg banyak dia beli chikedees, dan share dengan classmates pulak tu -.- dah berapa kali warning, "kan Cikgu Halimatus dah pesan jangan makan banyak sangat makanan ringan, BAGI TAU CIKGU!" Tapi malangnya, diendahkan , sobs sobs, everytime prep malam, hah, taak sah kalau lagu Aishiteru berkumandang, annoying betul, tapi seriously, tanpa Azra, teknologi takkan berkembang dalam kelas tu, semua solute kot !
Ni Dala, seperti yang dicakapkan , ditangannya pasti ada minyak Yu Yi Cap Limau, dan akhirnya dimasukkan ke Hospital kerana ada pembiakan kuman dalam perut, okay tu mmg kelakar, dimana keadaannya jadi teruk bila disuruh minum Solivite. HAHA, and and, paling tak boleh blah, bila ada bunyi bunga api, dia dengan bersemangat angkat kain sambil berlari dengan high heels semata mata nak tgk pertunjukan bunga api masa prep malam. Whush, lajunya mcm Thunder. Kelakar betul! *Cause baby you're fireworks, Dala you make me go OH OH OH
Yang ni pulak Aifaa, ratu segala tidur, bulu mata lebat sangat sebab tu laa, tak pun kalau terjaga pun tangan sebelah pegang cermin kecik biru, sebelah lagi picit blackhead, sakit hati betul, HAHA, dan sebelah tu pulak Fazu, siapa lagiiiiiiiiiiiii breakfast partner and crime partner, everymorning like a boss makan cereals and susu sejuk walaupun bell dah bunyi lama and like a boss juga melangkah keluar dorm UUUuuuUU, haha tanpa Fazu kebuluranlah dunia, kalau food dia makin lama makin menghilang, dia tau lah tu siapa yang ambik haha, supplier terbesar coklat dan sangat cool dengan DSLRnya, awwwwwww like a boss.
Dan terakhir, pasangan royal Sapphire, kalau berganding, serious macam selesaikan masalah negara, ni lah royal Sapphire, menyampah betul, kalau izzah mula bercakap, perh ayat mmg nostalgia habis. Thanks to Izzah juga markah Sejarah meningkat.

Okay itu sahaja, kbye!

No comments: